Diary sahabatku,
hampir 2 tahun aku tidak menaip diatas badanmu... aku cuba untuk berhenti terus dan terus melayan perasaan aku, oleh sebab itu aku cuba untuk elak terus menaip diatas badanmu.
Tetapi Diari,
pada malam ini aku dah tak mampu dan tak larat lagi untuk menaggung perasaan ini. aku penat hingga ke tahap luar kemampuan ku. Diari, mengapa kita harus menangis ? kenapa kita ditakdirkan untuk lalu segala dugaan hidup. Alangkah indahnya hidup ini seumpama rama-rama yang bebas berterbangan diudara dan boleh hinggap di bunga-bunga yang mekar dan harum. alangkah indahnya andai hidup ini seumpama bunga juga. Disukai oleh rama-rama dan di sentuh lembut oleh rama-rama.
Hati kapas,
hati aku ini senipis kapas yang mudah dibawa angin tetapi kenapa angin membawa kapas ke arah duri yang mampu meleraikan cantuman kapas ? mengapa kapas itu tidak kuat dan kekal dalam cantuman asal ? kenapa perlu lerai ? kenapa diari ?
jatuhnya aku,
aku sedih, aku menangis, aku tersungkur diari. Aku tersungkur hingga luka yang sangat dalam terkesan pada diri ini. Diari, hati ku sakit diari.
Aku sakit,
aku sakit kerana aku gagal menjadi orang yang mudah disukai oleh orang lain, aku gagal dalam kehidupan muda ini. Hidup ku kini ditemani oleh air mata yang tidak putus membasahi pipi ku ini. Diari, alangkah indahnya kalau kita tidak perlukan sesiapa dalam hidup ini. Mengapa kita tidak mampu untuk hidup sendiri ?
Hati,
hatiku sakit kerana aku terpaksa merelakannya walau aku tak mampu untuk melakukannya. soal hati ini siapa yang mampu lawan wahai diariku.
diari, aku terpaksa mengalah dalam semua hal walaupun terkadang aku terasa seperti diri ini diperkecilkan olehnya namun apakan daya ku pabila soal cinta semuanya ku relakan kerana aku lebih memikirkan kebahagiaannya. biar aku menangis dan terluka andai itu yang mampu membahagiakannya.
sayang,
diari hatiku rasa amat sayang akan dia tetapi mengapa hati ini merasakan yang berlainan pada pihaknya ? ku terasa seperti sayangnya, cintanya sudah bukan seperti dahulu kala. terasa gusar yang amat sehingga aku meraguinya, persoalkannya dan tak berdaya hari demi hari. perasaan risau terus dan terus menemani ku dari masa ke masa, hari ke hari .
pujuk,
wahai diari, pujuklah hati kecil ku ini untuk terus bersabar, kuat dan bahagia selalu. Aku amat sayang akan dia. Andai menggantikan nyawa ku untuknya yang mampu untuk membuktikan betapa aku sayang akan dia ku rela wahai diari. Tidak terdaya diri ini andai dia berjauhan daripada aku. Hanya dia untuk aku dan aku hanya untuknya. Cukuplah wahai hati, cukuplah kau. janganlah kau terus bermain dengan perasaan yang buruk, bangunlah wahai hati cari kebahagiaanmu.
cinta,
Hebat kisah cinta adam dan hawa,
Hebat juga kisah cinta kita,
Andai sudah jodoh kita,
ku yakin kita tetap bersama selamanya.
Ahmad Afiq Sharqawi
sayangku padamu tiada penghujungnya.
jumaat = 14/7/2017
11:38pm
musik latar
khai bahar - luluh

Comments
Post a Comment